Dengan ini saya dengan sukacita dan berbesar hati mempersembahkan koleksi Biskut Raya untuk tahun 2011 untuk anda semua.
Selamat menjamu mata....kalau nak tempah, sms jer ke HP saya.
Hari akhir tempahan adalah pada 1 ogos 2011....insyaallah, semua tempahan akan sampai ketangan anda pada 21 ogos 2011.
Semua biskut beharga RM24/50 biji.
SWISS TART
Biskut mentega dengan jem ditengah.
BISKUT ORANGE SWEETHEART
Biskut oren bentuk hati dicelup coklat berperisa oren.
TART NENAS BUNGA TERATAI
Tat dengan jem nenas dengan bentuk Bunga Teratai.....bukan idea asal saya, terima kasih kepada pencipta asalnya...
SUNSHINE BLUEBERRY
Tart dengan jem blueberry dan dihias dengan coklat perisa blueberry macam matahari diatas biskut.
KRUNCHY CAPUCCINO
Biskut perisa kopi dengan koko krunch didalam dan dihiasi coklat putih dan coklat diatas dengan taburan manik.
BISKUT MARMAR KUPU-KUPU
Biskut marmar dengan royal aising yang dibentuk seperti kupu-kupu comel.
ROSE TART
Tart dengan jem strawberi dalam bentuk bunga Ros. Bukan idea sendiri, tapi telah di ubah sedikit dari yang asli....terima kasih pada pencipta asalnya juga......
PANDAN COCONUT
Biskut bersantan dengan perisa pandan dan dibentuk daun dengan aising royal dengan kilauan manik silver.
TART EPAL
Tart dengan jem epal dan halwa serta epal sagat didalam sebagai penambah tekstur pada jem dan dihias dengan bunga gula diatas.
BISKUT STRAWBERRY
Biskut dalam bentuk buah strawberi dengan jem strawberi didalamnya.
ALMOND LONDON
Biskut menyaluti sebiji badam dan dicelup coklat dihias dengan badam nib dan gula 100 thousand.