Thursday, July 14, 2011

KOLEKSI BISKUT RAYA 2011

Asalamualaikum kawan-kawan dan 'valued customer' ....terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua yang tak putusnya.....

Dengan ini saya dengan sukacita dan berbesar hati mempersembahkan koleksi Biskut Raya untuk tahun 2011 untuk anda semua.

Selamat menjamu mata....kalau nak tempah, sms jer ke HP saya.

Hari akhir tempahan adalah pada 1 ogos 2011....insyaallah, semua tempahan akan sampai ketangan anda pada 21 ogos 2011.

Semua biskut beharga RM24/50 biji.








SWISS TART

Biskut mentega dengan jem ditengah.











BISKUT ORANGE SWEETHEART

Biskut oren bentuk hati dicelup coklat berperisa oren.









TART NENAS BUNGA TERATAI

Tat dengan jem nenas dengan bentuk Bunga Teratai.....bukan idea asal saya, terima kasih kepada pencipta asalnya...










SUNSHINE BLUE
BERRY

Tart dengan jem blueberry dan dihias dengan coklat perisa blueberry macam matahari diatas biskut.








KRUNCHY CAPUCCINO


Biskut perisa kopi dengan koko krunch didalam dan dihiasi coklat putih dan coklat diatas dengan taburan manik.












BISKUT MARMAR KUPU-KUPU

Biskut marmar dengan royal aising yang dibentuk seperti kupu-kupu comel.










ROSE TART

Tart dengan jem strawberi dalam bentuk bunga Ros. Bukan idea sendiri, tapi telah di ubah sedikit dari yang asli....terima kasih pada pencipta asalnya juga......









PANDAN COCONUT


Biskut bersantan dengan perisa pandan dan dibentuk daun dengan aising royal dengan kilauan manik silver.










TART EPAL

Tart dengan jem epal dan halwa serta epal sagat didalam sebagai penambah tekstur pada jem dan dihias dengan bunga gula diatas.










BISKUT STRAWBERRY


Biskut dalam bentuk buah strawberi dengan jem strawberi didalamnya.













ALMOND LONDON


Biskut menyaluti sebiji badam dan dicelup coklat dihias dengan badam nib dan gula 100 thousand.

3 comments:

  1. Gambar dah di update...semoga gambarannya lebih jelas.

    ReplyDelete
  2. Assalam...tiba2 je duk browsing for swiss tart, jumpa blog ni. Lepas puas tilek gambar baru perasan tuan punya blog....Aya rupanyer...
    Congrats for the beautiful blog. I'll certainly bookmark this page.

    ReplyDelete
  3. tq Ji...appreciate it. Kalau nak resepi, bagi e-mail add...I'll post it to u. Tak boleh post sini b'cos nak buat buku pula!! insyaallah...

    ReplyDelete