Saturday, July 7, 2012

KOLEKSI SENI HALUS BISKUT RAYA 2012...

Akhirnya...saat dinantikan telah tiba...Dipersembahkan  11 jenis biskut untuk hiasan dimeja sempena Hari Raya 2012 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.  Seperti biasa....ada yang lama dan yang baru untuk pilihan anda pelanggan setia yang saya hargai.
Harap apa yang dipersembahkan tahun ini dapat menceriakan lagi Hari Raya tahun ini.

Harga masih sama macam tahun lepas, memandangkan harga bahan tak naik...RM24/50 biji.

Terima Kasih banyak-banyak kerana memilih Banyan Biscuits.

Tempahan akan ditutup pada 1 Ramadhan......harap dapat buat tempahan awal...

Biskut dengan hiasan asing royal dalam bentuk bunga matahari berintikan coklat ditengah
SUNFLOWER COOKIES..... Kelopak bunga matahari ini dibuat daripada aising royal dan diletak pula ditengahnya dengan coklat dan coklat urai..




SWISS TART....Biskut mentega dengan jem ditengah-tengah.

RED VELVET...Ciptaan baharu, dari ilham Kek Red Velvet yang begitu diperkatakan...biskut coklat dengan krim dari krim cheese.
ALMOND LONDON...Tak jemu-jemu dimakan dan sentiasa menjadi pilihan tetamu....sebiji badam dibaluti biskut dicelup pula dengan coklat.

BLUEBERRY BLOSSOM....tak kurang enaknya....dengan jem blueberry dan coklat berperisa blueberry sebagai pelengkap rasa.


ALMOND RIBBON.......Biskut Badam dengan hiasan ringkas namun tak kurang menariknya untuk menceriakan meja hidangan.
TANGY ORANGE.....Biskut  oren dicelup coklat berperisa oren dan coklat putih.

STRAWBERRY DELIGHT...Biskut berperisa strawberry dengan jem strawberry yang dicampurkan dengan halwa strawberry sebagai penambah perasa.
BUTTERFLY MARBLE...tak jemu dipandang..biskut asas bersusu dihiasi dengan aising royal berbentuk kupu-kupu.

TART NENAS BUNGA TERATAI....masih menjadi kegilaan ...tart, memang tak puas dimakan,,,cantik dipandang sedap juga dimakan.
BATIK COCONUT...biskut kelapa Retro,,,hasil ilham corak batik, kini menghiasi meja hidangan pula.

1 comment:

  1. HAPPY SELECTING..apapun, diharapkan anda pilih biskut2 dari koleksi 2012 sahaja. Biskut tahun2 lepas tu kekadang tak berapa nak sempat buat apatah lagi bahan nya tidak tersedia.Harap Maklum.

    ReplyDelete